Facebook Badge

Dikir Kelantan, Cokek Mak Bolok

Sunday, December 26, 2010

SHARING INFO KITO

LAWATAN KE HO CHI MINH, CITY, VIETNAM 2012
Bandaraya Ho Chi Minh menjadi pilihan rakyat Malaysia berkunjung melawat dan sambil membeli-belah. Barang-barang yang ditawarkan di sana, seperti di kawasan Ben Tanh atau di Bintay (China town) adalah rata-rata murah berbanding Malaysia. Kualiti barangannya baik. Kita kena pandai menawar dengan penjual Vietnam walaupun tak pandai berbahasa Vietnam tetapi mesin kira yang menjadi penentu.

Walaupun kawasan aman tetapi kena berhati-hati, kerana orang jahat di mana-mana ada, tetapi tidak sebagaimana tempat kita. Ragut dan peras ugut dengan senjata tajam pernah berlaku tetapi sedikit manakala mencuri juga pernah berlaku terutama di hotel penginapan semasa tidur pastikan pintu diselak dan ikhtiar lain supaya selamat. target pencuri ialah mata wang tak kira mata wang Malaysia, US dollars atau lebih lagi mata wang Dongnya.

Kawasan hotel yang menjadi rebutan pengunjung Malaysia ialah dekat dengan Pasar Ben Tanh, siang daapat shopping di pasar manakala malam ada pula pasar malam.Paling istemewa makanan muslim tidak sukar untuk di Ben Tanh, kalau ke Jalan (Nguyin Ah Nin) ada Gerai Makan "Basiroh" dan paling hampir ada restoren muslim. Tidak perlu susah bawa meggy mee segera.

Antara baarangan yang menjadi idaman suri rumah di sini ialah kain sutera Vietnam dengan anika corak,kena pandai tengok kualitinya. Kain telekong sembahyang juga menjadi pilihan harga murah dan berkualiti.Dompet dan beg menjadi kesukaan pengunjung kerana harganya separuh berbanding dengan Malaysia.harga pasar malam.



No comments:

Post a Comment